GALERI SEJARAH SEKOLAH
Galeri Sejarah SMK Elopura 2 merupakan pusat setempat yang menyimpan dan memamparkan pelbagai informasi dan dokumentasi yeang berkaitan dengan aspek berikut.
- Sejarah Sekolah
- Sejarah tempatan
- Pengurusan dan pentadbiran sekolah
- Alumni sekolah
- Hubungan kemasyarakatan dan sosial
- Pencapaian dan kejayaan sekolah
- Inovasi hasil kerja
Justeru dengan kewujudan gelri ini semua pihak akan mendapat manfaat untuk mengakses pelbagai maklumat yang berkaitan dengan sekolah ini dri satu sumber yang sistematik.
SEKOLAH BERWATAK
SMK Elopura 2 terkenal sebagai sekolah berwatak "KAWAD KAKI" . Pengiktirafan ini kerana. unit beruniform di sekolah ini telah mencapai pelbagai kejayaan dalam pertandingan kawad kaki sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan. Di antaranya , ialah Jihan Perkhemahan Kadet Koereksional Peringkat Kebangsaan , Johan Pertandingan Kawad Kaki Agensi Kerajaan Peringkat Negeri, Ketua Platun Terbaik Peringkat Negeri dan Kadet Koreksional juga telah dianugerahkan sebagai pasukan kadet terbaik peringkat PPD Sandakan. Hasil dari kejayaan ini SMK Elopura 2 telah dianugerahkan sebagai Johan Pengurusan Kokurikulum Peringkat Negeri Sabah.
No comments:
Post a Comment