SEJARAH SEKOLAH
SMK ELOPURA 2 Sandakan mula operasi pada
02 Januari 2002 dengan menumpang di bangunan SK Mawar,Sandakan kerana bangunan
utama nya yang terletak di Jalan Sibuga bersebelahan Jabatan Penjara masih
dalam proses pembinaan. Pada masa itu ,
En Ahmad Habib Sharaffuddin telah dilantik menjalankan tugas sebagai pengetua
di bantu oleh 8 orang guru.
Sekolah ini hanya mula beroperasi di bangunannya sendiri pada 01 Januari 2003, selepas majlis penyerahan kunci yang telah di sampaikan oleh En. Kamal D.E Quedra,Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada masa itu kepada TN. HJ. Noor Hamizam Shah Md. Nordin selaku pengetua pertama SMK ELOPURA 2, Sandakan.
Nama sekolah ini,iaitu SMK ELOPURA 2 adalah hasil keputusan Dr. Yassin
Haji Amit,Selaku Pengawai Pelajaran Daerah Sandakan ketika itu yang berpendapat
sekolah baru ini perlu meminjam nama
sekolah yang ada, iaitu SMK ELOPURA supaya prosedur mendapatkan peruntukan dari
pihak kementerian tidak mengambil masa yang agak lama. Ini kerana keperluan
untuk beroperasi di bangunannya sendiri amat signifikan lantaran pertambahan
jumlah pelajar yang ramai.
Dari aspek
sejarah tempatan pula, pada tahun 1870an, Gabenor Bristish pertama di Borneo,
iaitu William B. Pryer menamakan Sandakan sebagai ELOPURA yang bermaksud BANDAR YANG INDAH sememangnya nama
ELOPURA sangat sinonim dengan sekolah ini yang pernah ditabalkan sebagai Johan
Kebersihan dan Keidahan Sekolah Peringkat Negeri Sabah...
No comments:
Post a Comment